TEKNIK CHUNKING UNTUK AKTIVITI MEMBACA DAN HAFAL PERKATAAN BAHASA ARAB


Assalamualaikum..

Berjumpa lagi kita Ustaz Ustzah semua..

TEKNIK CHUNKING

Dalam video ini, saya mengajar perkataan nombor 11 dan 12 untuk murid-murid saya. Selepas mengajarkan oerkataan ini, saya kena minta murid saya untuk hafal perkataan ini.

Oleh itu, saya sediakan satu aktiviti mudah seperti mewarna dan memasukkan elemen chunking didalam aktiviti murid tersebut.

Teknik Chunking ini, ialah satu teknik memecahkan apa yang ingin dihafal kepada beberapa bahagian. contoh nombor 0156784532 adalah susah untuk di hafal..tetapi kalau dipecah kan 015-678-45-32 ianya adalah lebih mudah untuk di hafal.

Jadi didalam kelas sy ini..saya pecahkan ahada ashara dan isna ashara kepada pecahan suku kata bahasa arab itu, contoh a-ha-da-a-sha-ra..

Kesannya, guru boleh kenalpasti DIRECT!! murid boleh baca setiap potongan huruf degan tepat atau tidak. bila dia sudah lancar..mudahlah dia untuk menghafal menggunakan teknik CHUNKING ini.

Aktiviti mewarna itu,masukkan sedikit elemen permainan didalamnya..supaya murid boleh buat sambil berimaginasi..

OK..sekian dulu ustaz ustazah..

Jumpa lagi...jangan lupa tinggalkan komen anda tentang artikel saya...

Comments