BAHASA ARAB TAHUN 5 | TEKNIK KEMBANGKAN MAKLUMAT GUNA SUMBER YANG SAMA
ASSALAMUALAIKUM
Dalam subjek bahasa arab, memang sukar untuk murid kembangkan maklumat sedia ada dan dikaitkan dengan maklumat lain. Ini kerana kekangan bahasa dan skop rentas kurikulum yang kurang besar. Bahasa arab bukan seperti matapelajaran sains. Murid senang untuk kembangkan maklumat, bina soalan yang pelbagai dari isi subjek sains.
Dalam subjek bahasa arab, topik makanan bagi bahasa arab tahun 5 ini. Saya memfokuskan mengajar perkataan kepada murid dengan fokuskan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.
Saya rancang untuk laksanakan aktiviti berkumpulan dari 17 perkataan yang difokuskan tadi. Tapi jika murid hanya mengenalpasti perkataan dan gambar semata2. Hasil pembelajaran akan fokus kepada pengenalan perkataan dan gambar yang betul sahaja.
Tapi apa yang saya buat. Saya arahkan setiap kumpulan untuk gunakan set gambar dan perkataan yang sama untuk menyusun maklumat yang berkaitan dengan rentas kurikulum sains, kesihatan, dan sifat diri.
Contoh.
Contoh.
Kumpulan Pertama : Susun ikut makanan paling sihat kepada yang paling tidak sihat
Kumpulan Kedua : Susun ikut makanan paling mahal kepada yang paling murah
Kumpulan Ketiga : Susu ikut makanan paling sedap kepada yang tidak sedap
Kumpulan keempat : susun mengikut makanan kegemaran murid A
Nampak tak..bagaimana sumber yang sama tapi diolah kepada maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid.
Dari cni murid boleh jana penerangan yang berbeza-beza ketika pembentangan. Murid juga boleh tanya soalan dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Pengetahuan sedia ada murid dapat dirangsang dengan maksimum.
Sekian dulu ya..
Semoga membantu para Ustaz Ustazah semua..

Comments
Post a Comment