PERMOHONAN GURU CEMERLANG 2021 | INI CARA DOKUMENTASIKAN SIJIL CIKGU-CIKGU
CARA SAYA DOKUMENTASIKAN SIJIL SIJIL DALAM PERKHIDMATAN
Sekarang ni saya tengah menunggu giliran untuk membuat pembentangan dalam kajian tindakan teknik 12 langkah. Kami jurulatih utama kena buat simulasi pembentangan untuk memberi panduan kepada peserta-peserta kajian tindakan teknik 12 langkah.
Sementara menunggu tu..saya buatkan artikel untuk cara saya mendokumentasikan sijil sijil saya sebab sekarang ni saya tengah buat persiapan untuk pemohonan guru cemerlang DG 48 tahun 2021..Doakan saya ya..
Sewaktu permohonan GC Dg44 dulu..pendokumentasian sijil sijil ni saya buat dalam fail semacam fail minit curai tu saja..bila difikir-fikirkan zaman 2021 ni..nampak sangat ke amaturan saya dalam hal sijil ni..haha..
Fail begini lah yang diguna dulu..nampak sangat junior nya. haha..
Jadi saya hubungi Hj. Sadli..Guru cemerlang yang sangat hebat dalam pendokumentasian ni..sebab saya betul2 tidak terfikir macam mana mau dokumentasi..Dalam fikiran nak dibindingkan atau ring binding..bila difikir-fikir sayang pula sijil tu berlubang2..
Hingga lah Hj. Sadli bagitau pakai clear holder..Terus macam terbuka fikiran saya bila diberitahu begitu..betullah kita kena bertanya dengan orang yang tahu untuk dapat sesuatu ilmu..hehe..
Chat history bersama Hj Sadli
Jadi saya kira sijil sijil saya semua mengikut tahun dan beli fail clear holder yang sesuai dengan bilangan sijil saya..sebab fail clear holder ada yang 10 plastik, 20 plastik, 30 -40..kalau kita beli lebih..tapi sijil sikit..nanti banyak lompong dalam fail..agak tidak cantik dilihat..jadi kena kira dulu..kalau sesuai, maka belilah fail clear holder dengan bilangan plastk yang sesuai.
Lepas tu, dalam fail itu saya bahagikan mengikut tahunan ikut lah kesesuaian dengan bilangan sijil setiap tahun tu..
Ginilah bentuk dia fail clear holder tu.
Kemudian saya buatkan index sijil mengikut susunan yang sama dengan susunan sijil. Haa jangan buat index no1..sijil penyertaan kajian tindakan..tapi bila cek sijil yang pertama..sijil pengadil bola sepak pula..kena pastikan dia seragam selaras antara index dan susunan fail..
gitu ya index nya..pastikan ada tahun..ada maklumat sijil.
Dalam index tu kan..ada maklumat sijil..tajuk..jenis sijil..peringkat sijil..peranan cikgu dalam program sijil tu..peserta ka..pembentang ka..ajk ka..okeyh..??
Begitulah cara saya mendokumentasikan sijil sijil dalam proses permohonan saya untuk guru cemerlang pada tahun 2021..ada kah pembaca yang memohon tahun 2021 ini? tinggalkan komen cikgu ya...






Comments
Post a Comment